Pages

Tuesday, May 29, 2012

Gembira + Sedih


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah dengan izinnya sampai juga aku ke destinasi yang ingin di tuju. Perjalanan yang mengambil masa dekat sehari dari Queen Alia International Airport ke Kuala Lumpur International Airport memang amat memenatkan. Paling memenatkan sekali apabila kene trasit selama 11 jam di Muscat International Airport. Memang banyak sekali cabaran yang perlu ditempuh untuk sampai ke destinasiku.

Pertama kali pulang ke Malaysia selama dua tahun pengajian aku di Jordan. Banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari kawan-kawanku yang biasa pulang ke Malaysia. Insyaallah smoge dengan semua itu akan menjadikan aku lebih pandai untuk berdikari dengan sendiri.

7 jam di dalam flight dari Muscat International Airport ke Kuala Lumpur International Airport sangat membosankan. Hatiku tidak sabar dan sering mengatakan 'bila la nk sampai malaysia ni?''. Perasaan itu sering bermain-main di dalam benak fikiranku. Masa aku dihabiskan dengan tidur saja. Nak tengok movie alat itu tidak berfungsi dengan baik. Jadinya tidur saja la...

Dalam pukul 9 waktu Malaysia aku tiba di KLIA. Alhamdulillah gembira sekali hati ini dapat sampai dengan selamat. Aku keluar dari flight  terus pergi check imegresen dan ambil bagasi. Cukup gembira sekali bila melihat ayahku berdiri di  pintu keluar lapangan terbang. Cukup berseri n gembira sekali wajahnya bila bertemu denganku. Kami pun terus bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah.

Sedang dalam perjalanan untuk pulang kerumah, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apabila aku check, aku dapati dompet aku tidak ade di kocek belakang seluar. Memang nervous sekali sungguh masa tu. Aku pun check dalam bag juga tidak aku ketemui. Memang sah tertinggal dalam flight. Aku tidak berani untuk menceritakan kepada ayahku disebabkan kami sudah jauh sekali dengan lapangan itu. Aku mengambil keputusan untuk menceritakan esok pagi. Mungkin ini satu kifarah dosa bagi aku di atas dosa aku yang lepas dan semoga menjadi pengajaran buatku supaya berhatu-hati. Semoga dompet aku diketemui semula.

Wassalam....

Sunday, May 27, 2012

Sebuah Kepulangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah,syukur kepadamu Ya Allah dapat lagi aku hidup di muka bumi ini bagi aku mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. Jangan dilupa sentiasa selawat dan salam ke atas Rasullullah S.A.W yang telah menyebarkan islam ke serata pelusuk dunia.

Ya Allah, cukup sedih rasanya bagiku untuk aku meninggalkan bakal isteriku di sini. Aku tidak dapat menamatkan pengajian bersama dengannya. Mungkin itu lebih baik buat kami berdua. Aku sangat sayang kepadanya dan tidak ingin berjauhan kedapanya. Aku juga tidak sanggup melihatnya kesedihan tatkala aku berjauhan dengannya. Kepulanganku ke tanah air bukan untuk bergembira tapi ada perkara yang perlu aku selesaikan.

Maafkan aku wahai bakal isteriku kerana tidak dapat bawa pulangmu bersama. Jika kamu sudah tidak ada urusan di sini, mahu saja aku membawamu pulang ke Malaysia untuk terus menikah dengan kamu. Tapi apakan daya aturan Allah itu lebih cantik dan tersusun. Aku doakan urusan kamu untuk menerima ijazah berjalan dengan lancar. Doakan aku agar selamat pulang dan kembali.

Aku berharap kamu tidak akan sedih sepeninggalan aku ke Malaysia. Kuatkan semangat kamu untuk terus tempuah cabaran ini. Semoga kamu juga selamat pulang ke Malaysia dan selamt berbakti pada masyarakat..wallahu'alam....

wassalam....


Friday, January 6, 2012

Tujuh Golongan Yang Dilindungi oleh Allah

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ اِلاَّظِلُّهُ: اِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالْمَسْجِدِ اِذَاخَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُوْدَ اِلَيْهِ وَرَجُلاَنِ تَحَاباَّ فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَافْتَرَقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ فِى خَلْوَةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ اِلَى نَفْسِهَا فَقَالَ اِنِّى أَخَافُ اللهَ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ.


Mafhumnya:
Ada tujuh golongan orang yang akan dinaungi Allah yang pada hari itu tidak ada naungan kecuali dari Allah: pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang hatinya selalu terpaut dengan masjid ketika ia keluar hingga kembali kepadanya, dua orang yang saling mencintai karena Allah, yaitu keduanya berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah, seseorang yang selalu berdzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu kedua matanya meneteskan air mata, seorang laki-laki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi lagi cantik untuk menggaulinya tubuhnya, maka ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam dan seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu ia merahasiakannya sehinggi tangan kirinya tidak tahu apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannyha (HR. Bukhari dan Muslim).



selamat mendengar...wallahua'lam...

Sunday, January 1, 2012

BERUBAHLAH


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberikan nafas yang panjang pada tahun baru ini untuk aku sentiasa beribadat dan memperbanyakkan amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Setiap kali kedatangan tahun baru ramai orang akan kata nak melakukan suatu perubahan, nak dapatkan sesuatu, ade azam barulah, ade matlamat barulah n macam2 lagi. Tapi kadang2 semua itu tidak berlaku kerana semua yang kita rancang hanya Allah saja yang tentukannya. Bagi setiap muslim, matlamat dalam memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam perlu ada. Tidak kira samada setiap tahun mahu menukar matlamat masing-masing. Apa yang penting disini Allah S.W.T telah mentaklifkan kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini. Seharusnya kita sebagai muslim perlu memikul tanggungjawab tersebut dengan melakukan amar ma'ruf  & nahi munkar. Sempena kedatangan tahun baru ini aku berharap agar dapat mengambil seberapa banyak ilmu dari kalangan para cendiakawan agar dapatku ajarkan pada semua orang. Aku juga berharap sentiasa ditetapkan iman, sentiasa diberi petunjuk dan hidayah serta dapat berbakti kepada kedua ibu bapaku dengan menghadiahkan segulung ijazah buat mereka. Aku ingin tunjuk kepada mereka bahawa aku mesti BOLEH!!!!!. Semoga tahun baru ini menjadi titik permulaan bagiku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini. Akhir kata, sentiasalah ingat kepada Allah dan Rasul serta jalankan tanggungjawab kalian dengan baik.

Selamat Tahun Baru...wasalam...