Pages

Sunday, May 27, 2012

Sebuah Kepulangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah,syukur kepadamu Ya Allah dapat lagi aku hidup di muka bumi ini bagi aku mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. Jangan dilupa sentiasa selawat dan salam ke atas Rasullullah S.A.W yang telah menyebarkan islam ke serata pelusuk dunia.

Ya Allah, cukup sedih rasanya bagiku untuk aku meninggalkan bakal isteriku di sini. Aku tidak dapat menamatkan pengajian bersama dengannya. Mungkin itu lebih baik buat kami berdua. Aku sangat sayang kepadanya dan tidak ingin berjauhan kedapanya. Aku juga tidak sanggup melihatnya kesedihan tatkala aku berjauhan dengannya. Kepulanganku ke tanah air bukan untuk bergembira tapi ada perkara yang perlu aku selesaikan.

Maafkan aku wahai bakal isteriku kerana tidak dapat bawa pulangmu bersama. Jika kamu sudah tidak ada urusan di sini, mahu saja aku membawamu pulang ke Malaysia untuk terus menikah dengan kamu. Tapi apakan daya aturan Allah itu lebih cantik dan tersusun. Aku doakan urusan kamu untuk menerima ijazah berjalan dengan lancar. Doakan aku agar selamat pulang dan kembali.

Aku berharap kamu tidak akan sedih sepeninggalan aku ke Malaysia. Kuatkan semangat kamu untuk terus tempuah cabaran ini. Semoga kamu juga selamat pulang ke Malaysia dan selamt berbakti pada masyarakat..wallahu'alam....

wassalam....


No comments:

Post a Comment