Pages

Tuesday, May 29, 2012

Gembira + Sedih


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah syukur kepadamu Ya Allah dengan izinnya sampai juga aku ke destinasi yang ingin di tuju. Perjalanan yang mengambil masa dekat sehari dari Queen Alia International Airport ke Kuala Lumpur International Airport memang amat memenatkan. Paling memenatkan sekali apabila kene trasit selama 11 jam di Muscat International Airport. Memang banyak sekali cabaran yang perlu ditempuh untuk sampai ke destinasiku.

Pertama kali pulang ke Malaysia selama dua tahun pengajian aku di Jordan. Banyak pengalaman dan tunjuk ajar dari kawan-kawanku yang biasa pulang ke Malaysia. Insyaallah smoge dengan semua itu akan menjadikan aku lebih pandai untuk berdikari dengan sendiri.

7 jam di dalam flight dari Muscat International Airport ke Kuala Lumpur International Airport sangat membosankan. Hatiku tidak sabar dan sering mengatakan 'bila la nk sampai malaysia ni?''. Perasaan itu sering bermain-main di dalam benak fikiranku. Masa aku dihabiskan dengan tidur saja. Nak tengok movie alat itu tidak berfungsi dengan baik. Jadinya tidur saja la...

Dalam pukul 9 waktu Malaysia aku tiba di KLIA. Alhamdulillah gembira sekali hati ini dapat sampai dengan selamat. Aku keluar dari flight  terus pergi check imegresen dan ambil bagasi. Cukup gembira sekali bila melihat ayahku berdiri di  pintu keluar lapangan terbang. Cukup berseri n gembira sekali wajahnya bila bertemu denganku. Kami pun terus bergerak ke kereta untuk pulang ke rumah.

Sedang dalam perjalanan untuk pulang kerumah, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apabila aku check, aku dapati dompet aku tidak ade di kocek belakang seluar. Memang nervous sekali sungguh masa tu. Aku pun check dalam bag juga tidak aku ketemui. Memang sah tertinggal dalam flight. Aku tidak berani untuk menceritakan kepada ayahku disebabkan kami sudah jauh sekali dengan lapangan itu. Aku mengambil keputusan untuk menceritakan esok pagi. Mungkin ini satu kifarah dosa bagi aku di atas dosa aku yang lepas dan semoga menjadi pengajaran buatku supaya berhatu-hati. Semoga dompet aku diketemui semula.

Wassalam....

Sunday, May 27, 2012

Sebuah Kepulangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah,syukur kepadamu Ya Allah dapat lagi aku hidup di muka bumi ini bagi aku mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. Jangan dilupa sentiasa selawat dan salam ke atas Rasullullah S.A.W yang telah menyebarkan islam ke serata pelusuk dunia.

Ya Allah, cukup sedih rasanya bagiku untuk aku meninggalkan bakal isteriku di sini. Aku tidak dapat menamatkan pengajian bersama dengannya. Mungkin itu lebih baik buat kami berdua. Aku sangat sayang kepadanya dan tidak ingin berjauhan kedapanya. Aku juga tidak sanggup melihatnya kesedihan tatkala aku berjauhan dengannya. Kepulanganku ke tanah air bukan untuk bergembira tapi ada perkara yang perlu aku selesaikan.

Maafkan aku wahai bakal isteriku kerana tidak dapat bawa pulangmu bersama. Jika kamu sudah tidak ada urusan di sini, mahu saja aku membawamu pulang ke Malaysia untuk terus menikah dengan kamu. Tapi apakan daya aturan Allah itu lebih cantik dan tersusun. Aku doakan urusan kamu untuk menerima ijazah berjalan dengan lancar. Doakan aku agar selamat pulang dan kembali.

Aku berharap kamu tidak akan sedih sepeninggalan aku ke Malaysia. Kuatkan semangat kamu untuk terus tempuah cabaran ini. Semoga kamu juga selamat pulang ke Malaysia dan selamt berbakti pada masyarakat..wallahu'alam....

wassalam....